So tanpa btangguh lagi marilah kita checkout resepi...JOM!!!!
RESEPI NASI AYAM BONDA
Nasi Ayam
1kg beras
200 gm bawang besar dimayang
100 gm bawang putih (diketuk)
1 1/2 liter stok ayam
50 ml minyak masak
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Basuh beras & masukkan ke dlm periuk bersama stok ayam
2. Masukkan semua bawang, daun pandan & garam secukupnya
3. Tanak sehingga nasi masak. Kacau & gaul rata apabila nasi kering & biarkan seketika lagi sehingga sedia untuk dihidangkan.
Taraaa....niela hasilnya..tgkla mak nie satu bekas dia buat hehe...SEDAP!!!!
Ayam Nasi Ayam
Cara Membuat:
Setelah siap dibasuh semua. Rebus ayam dengan air & garam secukupnya. Tujuanya untuk dapatkan ayam yang lembut & sedap. Kemudian perap dengan kicap cair, planta & cuka. Lastly, ade dua pilihan either bakar di oven or goreng dengan minyak masak dengan api perlahan.
Ok niela hasilnya mmg sgt2 SEDAP!!!lembut sgt tau...
Nyam2...syok habaq kt hampa semua..ohoiii!!!
Ok untuk hiasan cm besela kalo dah namanya nasi ayam xlengkap kalo xde salad, timun & tomato..perfect combination uollsss..
Sos Nasi Ayam
6 biji besar (buangkan biji)
10 biji cili api (terpulang nak pedas tambah lagi)
3 sudu besar kicap
3 sudu besar gula
2 sudu teh (terpulang secukupnya)
2 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
Cara Membuat:
Campur semua bahan untuk dikisar kecuali kicap, gula, garam, limau nipis masuk ketika reneh dlm kuali atas api.
Sup Ayam:
500 ml air (stok ayam dari rebusan ayam nasi ayam yg digunakan)
1 sudu putih bawang kisar
minyak untuk menumis
Daun sup untuk dicincang
Garam secukupnya
Cara Membuat:
Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan stok ayam sehingga mendidih. Kacau sehingga sebati.
Ok niela hasilnya mmg terbaek!!!...my mum Nasi Ayam Bonda...
Ok sebelum nak stop entry nie..nk ajak korang enjoy tengok Bayou Lagoon Resort Park Melaka...actually last weekend my office buat family day kat sini..so maybe boleh suggest 4 you guys especially yg ade kids untuk holidays here...